Catatan Yang Ditampilkan

KELAHIRAN SEKUNTUM CERMIN

Sabtu, 17 September 2022

ZIKIR DI DALAM DIAN

Seperti dian tetapi aku selalu sedar ruang demi cahaya membuka belukar keinsafan. Yang penting sumbernya apakah kerana api membulatkan cahaya atau cahaya yang hadir dalam deria. Aku tak selalu berfikir untuk menjadi pelukis yang pengecut. Ketika memulakannya dian telah khusyuk mengalirkan zikir bersama aliran cairannya yang hangat. Sumbunya kian tenggelam dan api mulai padam. Siapakah yang sempat menyaksikan dian menjadi purnama? Silakan salin segenap peristiwa.

RupHA

11 Mac 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan