Catatan Yang Ditampilkan

KELAHIRAN SEKUNTUM CERMIN

Sabtu, 17 September 2022

MANDAT

 

Dari pintu musykil aku menggali kesungguhan dan kemahuan yang bertali terus mengikat fikiran mahu jadi apa setelah sebutir mutiara meletus menjadi arus. Aku masuk ke dalam dan berdiri di perut maksud persoalan berurat saraf meneroka ke serata tembok bermuka-muka membaling tohmah bersembunyi dalam batu-batu yang dilontarkan ke sasaran.

Anak-anak mutiara yang dilukiskan dalam dentum muslihat dan matlamat meletus satu persatu yang disambut sorak sorai agung mengagungi dan saling menafi. Apakah yang kudengar dan lihat ini berulang terjadi ketika seluruh indera terbuka dalam interaksi mandat yang dibancuh semula kitaran musim yang dinantikan pesta kuasa bermain dalam gelombang yang dipercaturkan. Setelah melangkah ke belakang kuputuskan musykilku meletakkan segala pertengkaran sebagai galang ganti mencari cahaya kebenaran tamadun insan.

RupHA
25 Mac 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan